WELCOMEIN


counter

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Wednesday 10 September 2014

Sambutan Merdeka Raya 2014

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Persatuan Sejarah, Setia dan Rukun Negara. Agak lama juga saya tidak menulis di sini kerana faktor masa dan peperiksaan yang semakin dekat.
Hari ini  admin ingin menulis tentang sambutan Merdeka Raya 2014 yang diadakan di sekolah kami iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SMKBBB).

Pada 16 Ogos 2014, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Merdeka Raya 2014 di dataran berbumbung di sekolah kami. Terdapat beberapa acara yang dijalankan semasa sambutan tersebut.

Fotografi pelancaran Sambutan Merdeka Raya 2014 disunting oleh Irfan Adli Riduan

Ramai pelajar yang datang pada sambutan ini. Mereka digayakan dengan pakaian tradisional Melayu.
Bila berdiri, memang WARNA WARNI pandangannya.


Sebelum acara dimulakan dimulakan, pelajar-pelajar berkumpul di dataran berbumbung pada paginya. Setelah lama kemudian, guru mula mengurus pelajar dan acara pun dimulakan. Pada permulaan acara, doa dibacakan bagi memberkati majlis. Selepas itu, guru panitia Sejarah, Pn. Rosmini Ahmad memberikan kata-kata aluan.


Selepas itu, pengetua SMKBBB, Datin Paridah Ahmad pula memberi ucapan pembukaan kepada pelajar-pelajar. Selepas ucapan ini, diadakan upacara perasmian Sambutan Merdeka Raya 2014. Upacara ini berkonsep persembahan kawad kaki daripada beberapa wakil unit beruniform yang mengarakkan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda penghormatan kepada negara. Jalur Gemilang tersebut kemudian dilipat kemas dan diberi kepada pengetua di atas pentas dengan penuh hormat. Kain rentang sambutan itu juga turut diberikan kepada pengetua. Dengan itu secara rasminya sambutan ini dijalankan.


















Acara seterusnya ialah pelajar dan guru menyanyikan lagu Jalur Gemilang. Nyanyian daripada pelajar adalah sungguh bersemangat, Bendera Jalur Gemilang juga dikibarkan.



Selepas itu, persembahan daripada pelajar-pelajar juga diadakan. Antara yang menjadi perhatian ialah  nyanyian lagu "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" dinyanyikan oleh Muhd Hafizzudin. Pendeklamasian sajak juga dipersembahkan.



Selepas semua persembahan, para pelajar dibenarkan ke kantin untuk menjamah jamuan.


Pada tengahari maka berakhirlah acara ini selepas pelajar menjamu selera dan bersurai

NOTA: Lebih foto di http://persatuansejarahsmkbbb.blogspot.com/p/galeri-foto-smkbbb.html
MOHON TAG DIRI SENDIRI EHH...