WELCOMEIN


counter

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Monday 5 May 2014

MAGIC JR. PITCH: JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA PENDANA KAMI!

Sejak kebelakangan ini, sekolah kami, SMKBBB telah banyak mecapai pencapaian membanggakan, ada dapat wakil olahraga, dari daerah sampai ke negeri pun ada! Tapi admin hari ini tak ada nak fokus ke situ. Admin nak fokus tentang satu aktiviti rakan-rakan saya sertai di sekolah saya iaitu Magir Jr. Pitch.
Malaysian Government through Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC)
Sesetengah pembaca mesti dah tahu apa Magic Jr. Pitch ni, kalau tak diberitahu cikgu, kawan-kawan yang cerita. Realiti program ini adalah sebenarnya untuk memupuk para remaja (sini admin emphasize kepada para pelajar) untuk menjana satu idea yang inovatif lagi produktif  kemudian dipersembahkan kepada orang ramai. Program ini lebih kepada pertandingan idea terbaik dan ini adalah perlawanan antara sekolah-sekolah di Malaysia ini. Terkedu admin dengar sekolah kami terpilih menjadi finalis program besar seperti ini, dalam hati berbisik"...fulamakk bangganya kawan aku terpilih, lawan antara sekolah tuuuu..."

Hahah..dah enough mengelamun, fokus ke topik utama.

Beberapa hari yang lalu (admin lupa tarikh), beberapa finalis telahpun terpilih untuk menjana idea mereka dan untuk menjayakan idea-idea produktif mereka hingga ke tahap boleh buat duit, memang semestinya pelaburan harus dilakukan (haa ni la punchlinenya). Masalahnya, pembiayaan mereka tidak cukup untuk kick-start idea mereka dengan berkesan. JADI MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA!

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong perintis-perintsis ini adalah dengan meyalurkan dana anda kepada mereka ini dengan cara "pledge"(admin pelik kenapa dia guna perkataan ni,pledge tu ikrar....kan?)
Haa...ni yang diaorang namakan 'crowd funding' atau pembiayaan secara berkumpulan/beramai-ramai. Caranya? Layari laman web di atas iaitu http://pitchin.my/ , klik kepada projek/idea yang anda minat nak bantu. Kalau ada kad kredit/debit boleh secara langsung bayar di situ. Tidak ada kredit kad? Masih boleh biaya lagi dengan cara cash deposit ke akaun Maybank WATCHTOWER AND FRIENDS SDN BHD dan anda perlu beritahu kepada pertubuhan tersebut yang anda menyokong idea sekian sekian beserta amaun yang telah didepositkan.

Tak tahu siapa nak sokong? Apalagi SOKONG SEKOLAH KAMI LAH! Sekolah kami ada beberapa finalis. Antaranya ialah:

1. AMAN TEAM (telah meragut dua daripada empat hadiah sampingan, paling rapat dengan saya )

2. MURNI BOYS

3. MURNI GIRLS

4. KUMPULAN SOLEHAH

5. DINAMIK (ni idea paling wicked saya rasa, cip dalam badan..huyoo)

Jadi, BANYAK-BANYAKLAH DERMA SEKOLAH KAMI YEH! Agar dengan bantuan anda sekolah mencapai kejayaan yang membanggakan seluruh pelajar SMKBBB,seterusnya penduduk Bandar Baru Bangi.

Info lanjut di link bawah (kot ade yg saya tersalah taip ke):


Salam dan TERUS MENYOKONG KAMI!

P.S: Off topic sikit sebab persatuan Sejarah juga menyokong perkembangan sekolah.