WELCOMEIN


counter

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

SEJARAH SEKOLAH INI

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI

          Sejak kita melangkah masuk ke sekolah kita ini pernah kah kita mengambil berat atau tahu tentang asalnya sekolah tercinta kita ini? Jadi disini saya ingin berkongsi sedikit tentang asal usul atau sejarah di SMK Bandar Baru Bangi. SMKBBB telah dibuka pada 1 Januari 1983 dan beroperasi dengan satu sesi sahaja. Ketika itu bilangan gurunya hanyalah seramai 11 orang dengan 161 orang pelajar sahaja. Mereka belajar di tingkatan 1 dan 2 serta ditempatkan di dalam 2 blok bangunan dengan 16 buah bilik darjah. Para pelajarnya pula terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. 90% pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Sekolah ini telah mula membuka kelas tingkatan 4 pada tahun 1986 untuk memenuhi keperluan pembelajaran pada masa itu, walaupun sekolah telah mula mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak tahun 1984 lagi.

          Sehubungan dengan itu, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat sebuah makmal komputer bestari sebagai pelengkap dan perintis bagi memulakan program Sekolah Bestari. Kemudahan ini amat dihargai dan diperlukan dalam menjayakan program tersebut.

          Pada tahun 2000, aliran Information Tecnology (IT) diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4 dan subjek Literasi Komputer untuk pelajar tingkatan 1. Sebuah lagi makmal didirikan menerusi sumbangan PIBG. Pada tahun 2003, SMK Bandar Baru Bangi telah memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Menengah Luar Bandar peringkat Negeri Selangor dan Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat tempat ketiga Anugerah Kualiti peringkat Kebangsaan dan menerima Anugerah Lestari peringkat kebangsaan pada tahun 2006.

          Tingkatan 4 aliran sains dimulakan pada tahun 1990. SMK Bandar Baru Bangi telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 15 Oktober 1990. Manakala pada 1 Mac 1994, status sekolah ini telah dinaiktarafkan dari Gred B ke Gred A pada 1 Mac 1994. Kawasan sekolah ini adalah seluas 11.2 ekar / 4.53 hektar.

          Apabila kerajaan Malaysia melancarkan projek Multimedia Super Corridor (MSC), Sekolah Bestari adalah sebahagian daripada projek itu. Sejak itu, konsep pembelajaran Bestari adalah satu topik yang hangat diperkatakan di antara tenaga pengajar dan pelatih dalam Malaysia. Fasa pertama bagi memulakan operasi Sekolah Bestari adalah pada tahun 1999. SMK Bandar Baru Bangi telah dipilih untuk menjadi sekolah perintis bagi memulakan program Sekolah Bestari ini, sejajar dengan status sekolah Bandar. Keceriaan SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat perhatian daripada pihak pengarang majalah Anjung Seri apabila terpilih menjadi penghias ruangan cantik dan ceria di majalah Anjung Seri keluaran Mac 2007.

          SMK Bandar Baru Bangi terletak di Jalan 2/1, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini beroperasi pada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang di mana sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sementara pada sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Jumlah pelajar pada tahun 2011 adalah seramai 2089 orang yang diuruskan oleh 118 staf akademik dan 14 orang staf bukan akademik. Pada tahun 2012 pula, jumlah pelajar setakat ini adalah seramai 2347 orang dan diuruskan oleh 118 staf akademik dan 15 orang staf bukan akademik. Pelajar-pelajar ditempatkan di 51 kelas dengan purata 46 orang pelajar untuk setiap kelas.Jadi kita sebagai pelajar SMKBBB perlulah bersama-sama berusaha, mengharumkan nama sekolah kita ke tahap yang lebih tinggi lagi .

No comments:

Post a Comment