WELCOMEIN


counter

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Foto disunting oleh Irfan Adli Riduan

Sunday 17 February 2013

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan 2012 SMKBBB


Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi telah diadakan pada 16 Ogos 2012. Sambutan yang diadakan di Dataran Perhimpunan ini melibatkan semua pelajar dan guru SMKBBB. Bagi mencapai objektif sambutan tersebut pelbagai acara telah disusun antaranya, Sambutan ambang merdeka yang disambut pada 30 Ogos 2012 yang diisi didalamnya ucapan semangat patriotik oleh Tuan Pengetua, Persembahan Tarian 1 Malaysia, nyanyian lagu patriotik, kibaran jalur gembilang,pameran kemerdekaan ,tiru gaya tokoh dan banyak lagi aktiviti lain bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Tuan Pengetua dalam ucapannya antara lain, menyeru supaya pelajar menghargai kemakmuran yang dikecapi pada hari ini. Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya mencontohipejuang-pejuang yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta dan pemimpin yang menerajui negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Selain menghargai jasa dan pengorbanan mereka pelajar juga digalakkan meneruskan semangat yang dimiliki oleh pejuang dan pemimpin tersebut. Semangat perjuangan itu boleh dicontohi dan diamalkan untuk menjadi rakyat Malaysia yang berguna kepada agama , bangsa dan negara.

Kelas Paling Patriotik dari segi hiasan yang bertemakan kemerdekaan turut diberikan hadiah. Di samping itu juga hadiah turut diberikan kepada para pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz tentang Sejarah Tanah Air pada hari tersebut.


WE LOVE MALAYSIA

No comments:

Post a Comment