Sejak kita melangkah masuk ke sekolah kita ini pernah kah kita mengambil berat atau tahu tentang asalnya sekolah tercinta kita ini? Jadi disini saya ingin berkongsi sedikit tentang asal usul atau sejarah di SMK
Bandar Baru Bangi. SMKBBB telah dibuka pada 1 Januari 1983 dan beroperasi
dengan satu sesi sahaja. Ketika itu bilangan gurunya hanyalah seramai 11
orang dengan 161 orang pelajar sahaja. Mereka belajar di tingkatan 1 dan 2
serta ditempatkan di dalam 2 blok bangunan dengan 16 buah bilik darjah.
Para pelajarnya pula terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Bandar
Baru Bangi. 90% pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu.
Sekolah ini telah mula membuka kelas tingkatan 4 pada tahun 1986 untuk
memenuhi keperluan pembelajaran pada masa itu, walaupun sekolah telah
mula mengeluarkan pelajar lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak
tahun 1984 lagi.
Sehubungan
dengan itu, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat sebuah makmal komputer
bestari sebagai pelengkap dan perintis bagi memulakan program Sekolah
Bestari. Kemudahan ini amat dihargai dan diperlukan dalam menjayakan
program tersebut.
Pada tahun 2000, aliran Information Tecnology (IT)
diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4 dan subjek Literasi Komputer
untuk pelajar tingkatan 1. Sebuah lagi makmal didirikan menerusi
sumbangan PIBG. Pada tahun 2003, SMK Bandar Baru Bangi telah memenangi
Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
peringkat Negeri Selangor dan Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun
2004. Manakala pada tahun 2005, SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat
tempat ketiga Anugerah Kualiti peringkat Kebangsaan dan menerima
Anugerah Lestari peringkat kebangsaan pada tahun 2006.
Tingkatan
4 aliran sains dimulakan pada tahun 1990. SMK Bandar Baru Bangi telah
dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia
yang ke-4 pada 15 Oktober 1990. Manakala pada 1 Mac 1994, status sekolah
ini telah dinaiktarafkan dari Gred B ke Gred A pada 1 Mac 1994. Kawasan
sekolah ini adalah seluas 11.2 ekar / 4.53 hektar.
Apabila
kerajaan Malaysia melancarkan projek Multimedia Super Corridor (MSC),
Sekolah Bestari adalah sebahagian daripada projek itu. Sejak itu, konsep
pembelajaran Bestari adalah satu topik yang hangat diperkatakan di
antara tenaga pengajar dan pelatih dalam Malaysia. Fasa pertama bagi
memulakan operasi Sekolah Bestari adalah pada tahun 1999. SMK Bandar
Baru Bangi telah dipilih untuk menjadi sekolah perintis bagi memulakan
program Sekolah Bestari ini, sejajar dengan status sekolah Bandar
Keceriaan
SMK Bandar Baru Bangi telah mendapat perhatian daripada pihak pengarang
majalah Anjung Seri apabila terpilih menjadi penghias ruangan cantik
dan ceria di majalah Anjung Seri keluaran Mac 2007.
SMK
Bandar Baru Bangi terletak di Jalan 2/1, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini
beroperasi pada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang di mana sesi pagi
untuk pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sementara pada sesi petang untuk
pelajar tingkatan 1 dan 2. Jumlah pelajar pada tahun 2011 adalah seramai
2089 orang yang diuruskan oleh 118 staf akademik dan 14 orang staf
bukan akademik. Pada tahun 2012 pula, jumlah pelajar setakat ini adalah
seramai 2347 orang dan diuruskan oleh 118 staf akademik dan 15 orang
staf bukan akademik. Pelajar-pelajar ditempatkan di 51 kelas dengan
purata 46 orang pelajar untuk setiap kelas.Jadi kita sebagai pelajar SMKBBB perlulah bersama-sama berusaha, mengharumkan nama sekolah kita ke tahap yang lebih tinggi lagi .
No comments:
Post a Comment